SPORT EVENT ORGANIZER TAFE COLLEGE

About TAFE

Kolej TAFE Seremban merupakan sebuah institusi pendidikan tinggi swasta yang telah ditubuhkan pada tahun 1988 oleh Maju Institute of Educational Development (MIED),sebuah badan amanah pendidikan di bawah naungan MIC, dengan matlamat utama untuk menyediakan peluang pendidikan berkualiti tinggi dalam bidang teknikal, vokasional dan profesional kepada pelajar tempatan dan antarabangsa pada kos yang berpatutan. Terletak di atas tapak seluas kira-kira 10 ekar di Jalan Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan, kampus ini menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif serta kemudahan moden bagi menyokong proses pengajaran dan pembelajaran.

Sejak penubuhannya, Kolej TAFE Seremban telah memainkan peranan penting dalam membangunkan modal insan negara dengan menghasilkan lebih daripada 40,000 graduan yang kini berjaya dalam pelbagai bidang kerjaya, baik di sektor awam mahupun swasta, samaada didalam mahupun luar negara. Kolej ini menawarkan pelbagai program akademik dalam bidang seperti Kejuruteraan Elektrikal dan Mekanikal, Pengurusan Perniagaan, Teknologi Maklumat,Perakaunan, dan pelbagai lagi.

KOLEJ TAFE SEREMBAN